Isnin, 6 Februari 2012

Dasar Alam Sekitar

Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tujuan DSN adalah untuk : Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan. Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengna penyertaan berkesan semua sektor masyarakat. Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari. Terdapat lapan (8) prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:
  • Pengawasan Alam Sekitar
  • Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
  • Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
  • Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
  • Membuat Keputusan Bersepadu
  • Peranan Sektor Swasta
  • Komitment dan Kebertanggungjawaban
  • Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa
Dasar Alam Sekitar Negara bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan