Program Sekolah Lestari Anugerah Alam
Sekitar adalah program kerjasama di antara Jabatan Alam Sekitar,
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Sekolah, Kementerian
Pelajaran Malaysia serta Institusi Alam Se kitar dan Pembangunan,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dilancarkan pada 27
Januari 2005.
Terdapat empat (4) komponen utama yang ditekankan dalam program ini iaitu pengurusan, penghijauan, kokurikulum dan kurikulum.
Secara dasarnya program ini merupakan payung kepada semua aktiviti -aktiviti berasaskan alam sekitar di sekolah seperti Projek Riadah Alam Sekitar (PRIAS), Projek Wira Alam, Program Eco -Youth, Program RE & EE (Renewable Energy & Energy Efficiency), Program Keceriaan Taman, Program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan), Program KitS (Kitar Semula), Kem Kesedaran Alam Sekitar dan aktiviti -aktiviti alam sekitar yang lain.
Program ini bertujuan untuk membantu sekolah memperkukuhkan program -program pendidikan alam sekitar yang sedia ada. Program ini juga berkonsepkan pendekatan menyeluruh yang melibatkan semua lapisan warga sekolah bersama keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan