SMK Bukit Payong mula dibina pada tahun 1975. Terletak di Kampung Bukit Payong, Jerteh, Besut, Terengganu. Jarak sekolah ke Bandar Jerteh ialah 20 kilometer.
Pada awal pembukaannya iaitu 1 Januari 1977, sekolah ini mempunyai dua buah bangunan yang terdiri daripada lapan kelas, dua makmal, satu perpustakaan, satu bilik masakan dan satu bilik jahitan. Di samping dua bangunan tersebut, ada sebuah kantin dan sebuah bengkel seni perusahaan bagi menampung seramai 143 orang pelajar dan 8 orang guru.
Pada tahun 1978 bilangan pelajar bertambah seramai 264 orang dan guru seramai 10 orang. Bagi menampung keperluan jumlah pelajar yang semakin bertambah, beberapa bangunan baru dibina iaitu Blok B dan Blok E dan mula digunakan pada 1986.
Pada bulan Mei 1991 sebuah lagi bangunan tiga tingkat dibina yang mempunyai 11 bilik darjah dan 2 bilik guru. Pada tahun 1993, sekolah ini telah mendapat sebuah dewan terbuka dengan kerjasama PIBG.
Dengan keluasan lebih kurang 10 ekar, kini bangunan SMKBP telah bertambah dengan terbinanya 3 blok baru dan sebuah dewan yang dikenali Dewan Mercu pada tahun 2002 dan mula digunakan pada tahun 2003. Ini diikuti pula dengan pembinaan makmal komputer bagi kemudahan pelajar. Dengan bertambahnya presarana ini, maka jumlah pelajarnya turut bertambah kepada lebih 1500 orang. Begitu juga tenaga pengajarnya sehingga kini berjumlah 100 orang guru.
Pada tahun 2010, SMK Bukit Payong telah diberikan taraf sebagai Sekolah Bestari Luar Bandar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan