Isnin, 6 Februari 2012

Dasar Alam Sekitar

Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tujuan DSN adalah untuk : Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan. Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semulajadi yang unik dan pelbagai dengna penyertaan berkesan semua sektor masyarakat. Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang lestari. Terdapat lapan (8) prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu:
  • Pengawasan Alam Sekitar
  • Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam
  • Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar
  • Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli
  • Membuat Keputusan Bersepadu
  • Peranan Sektor Swasta
  • Komitment dan Kebertanggungjawaban
  • Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa
Dasar Alam Sekitar Negara bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.

Langkawi Geopark

Langkawi Geopark is Malaysia's first geopark and is located in the far northwestern corner of peninsular Malaysia. Located in northern State of Kedah, it is unique in the sense that it was formed on 99 islands that together made up the legendary Langkawi Archipelago.
The total land area of Langkawi Geopark is about 478km2.
It is accessible by sea from Kuala Perlis , Kuala Kedah and Penang jetties or by air from Kuala Lumpur, Penang, Singapore and Bangkok.
Langkawi has been dubbed as the birthplace or the fetus land of the region. The various natural landscapes of Langkawi reflects the island's geodiversity and its complex geological history. It has the best-exposed and most complete Palaeozoic sedimentary sequence in Malaysia beginning from Cambrian to the Permian period. Later during the Mesozoic, the islands underwent a major tectonic event that resulted in the emplacement of its numerous granitic igneous bodies.
This incredible power generated by nature from the deep mantle beneath the earth has driven up huge blocks of older rocks and somehow placed them above a very much younger terrain.
In Langkawi geological history, much of its geological development was somewhat linked to what had happened in the old supercontinent Pangea and southern hemispheric Gondwanaland since more than 550 million years ago. It started in the deposition of Machinchang sandstone in a lacustrine environment during much of the Cambrian time, followed by the submergence of the land during Late Cambrian time (--500m.y.) which allowed the invasion of shallow marine fauna into the proto-Langkawi sea. The continuous subsidence of the sea floor resulted in the formation of thick limestone of Setul Formation during the Ordovician. At the end of Ordovician time (--440m.y.), the sea became too deep to eventually stop the limestone deposition temporarily.
Setul limestone continued to develop during Silurian until the Middle Devonian (-370m.y.), followed by the deposition of sandstone and mudstone which sometimes are related to the rafted ice due to the global melting of Gondwana ice cap.
The dropstone bearing black sandstone and mudstone of Singa Formation is succeeded by the limestone of Chuping Formation during the Early Permian (-280m.y.) before the sea was slowly brought up by a complicated tectonic process.
The Chuping limestone is believed to have stopped depositing before the end of Permian (-245m.y.) by this tectonic event that among others brought up a large block of earth crust in the eastern part of Langkawi overlapping the much younger block in the west. The tectonic event ended up with the emplacement of granite beneath the Langkawi crust at the end of Triassic (-220m.y.).
What we have in Langkawi today is a combined result of these various processes and the prolonged weathering process that took place ever since the Langkawi land was brought to the surface around 220 million years ago. As a result, we have a beautiful mountainous range of Machinchang sandstone at the northwestern corner of Langkawi Island, the conical Gunung Raya granite at the center and a rugged karst terrain of Setul Limestone in the eastern part of Langkawi.
In the southwest of Langkawi islands, the Singa formation dominated while the Chu ping Limestone dominates the western part of Dayang Bunting Island. Some of the landscapes are truly outstanding, particularly those of the Machinchang and the karstic limestone in the eastern part of Langkawi.

http://www.langkawigeopark.com.my/v2/ 

Pesona Phalaenopsis

Orkid kupu-kupu tahan lama

ORKID Phalaenopsis dalam famili tumbuhan Orchidaceae mempunyai banyak spesies menarik dan sangat diminati, berbunga cantik dan bernilai tinggi kerana pameran bunga agak besar saiznya dan boleh bertahan sehingga beberapa minggu, manakala kelopak bunganya pula dalam pelbagai bentuk dan warna menarik antaranya putih, merah jambu, kuning, merah tua, ungu.

Ia sejenis orkid monopodial, mempunyai batang dan daun yang hanya tumbuh di bawah dan seterusnya pengeluaran tangkai bunga dengan beberapa kuntum bunga di hujung batang bunga. Turut dikenali sebagai orkid kupu-kupu (moth orchid) kerana bentuk bunga mirip kupu-kupu sedang terbang.
PembiakanPenanaman orkid jenis ini boleh dibuat menggunakan keratan anaknya yang tumbuh dari tangkai bunga atau tunggul pokoknya selepas berbunga. Kaedah menanam seperti berikut: potong anak pokok yang membesar, tanam dalam pasu khas untuk orkid diperbuat daripada tanah liat, banyak lubang di sekeliling. Medium tanaman pula ketul arang dipotong kira-kira satu inci besarnya.

Penjagaan
  • Siram air bila perlu, jangan biar medium tanaman kering kerana boleh menjejaskan pertumbuhannya. Anda juga boleh letakkan lumut ‘sphagnum moss’ bagi mengekalkan kelembapan medium tanaman. Sembur daun dan medium tanamannya bertujuan menambah kelembapan keadaan persekitarannya.
  • Pokok orkid jenis ini memerlukan sedikit naungan daripada terik cahaya matahari bagi mengelakkan medium tanaman cepat kering. Untuk itu letakkan di tempat teduh atau di bawah sungkupan jaring hijau atau hitam.
  • Gunakan baja semburan daun khas untuk tanaman orkid dengan kuantiti serta kekerapan menyembur seperti disyorkan di pek baja yang digunakan. Gunalah baja khas berhormon untuk menggalakkan pengeluaran bunga apabila pokok membesar.


Tip
  • Pokok ini memerlukan peredaran udara baik bagi mengelakkan serangan penyakit kulat, serangga perosak.
  • Pokok perlu dibuat pemasuan semula atau ditukar pasu dengan medium tanaman baru setiap tahun untuk mengekalkan pertumbuhan pokok yang subur, pengeluaran bunga berpanjangan.
  • Cuci daun dan sapu cecair `leaf gloss’ untuk mencantikkannya agar nampak bersih, berkilat serta menyerlah semasa dipamerkan.
  • Jika tangkai bunga orkid anda agak lembut dan sukar menonjolkan pameran bunganya, ikatkan pada pancang besi atau kayu supaya ia dapat berdiri tegak untuk mempamerkan bunganya yang sedang mekar dan cantik.

    Idea Pameran
    1) Ciri bunganya yang dapat bertahan lama memang sesuai dijadikan bahan dalam gubahan bunga keratan atau pokok hidup untuk hiasan kediaman, pejabat atau bahan untuk gubahan bunga hidup. Sempena Aidilfitri tidak lama lagi, orkid jenis ini sesuai dijadikan hiasan dalaman menarik. Ikuti kaedah mudah melakukannya:
    • Pilih pokok berbunga cantik, bekas pameran menarik.
    • Letakkan pasu orkid ke dalam bekas pameran pilihan, pastikan semua bunga menghadap depan.
    • Letakkan batu atau ‘sphagnum moss’ di bahagian atas bekas pameran untuk penampilan lebih cantik dan menarik. Hasilnya pokok orkid tampak seperti ditanam terus dalam bekas pameran.
    • Untuk tampak lebih cantik, pamerkan atas alas pameran menarik.
      Phalaenopsis cantik dipamerkan dalam pelbagai bekas pameran diperbuat daripada kayu, seramik, besi serta bahan anyaman seperti bakul dan raga. 

    Sumber : Berita Harian

Ahad, 5 Februari 2012

Pejabat dalam taman

Oleh Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my


 Pokok air pancut, tumbuhan saka jimat kos serikan landskap ibu pejabat MARDI

USAHA menguruskan kawasan seluas 728.4 hektar bukanlah satu kerja mudah apalagi membangunkan landskap di kawasan luas yang turut menempatkan sebuah tasik, hutan simpan, kebun dan ladang tanaman serta ternakan.

Namun, atas pengalaman dan kepakaran, kerja menatahias kawasan ibu pejabat Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) menjadi mudah dengan hasil yang amat indah.
Malah, idea kreativiti pihak pengurusan berjaya menjadikan MARDI pejabat dalam taman yang boleh dijadikan contoh untuk jabatan dan agensi kerajaan lain menghasilkan landskap yang cantik.

Tanpa menggunakan khidmat kontraktor landskap luar, Pengurus Stesen MARDI, Zainudin Meon, berkata landskap yang dihasilkan adalah idea kreatif kakitangan bahagian pengurusan stesen dengan menampilkan konsep tropika yang kontemporari.

“Sejak setahun lalu, kita tukar penggunaan pokok bermusim kepada tumbuhan saka yang lebih tahan lama dan tidak perlu ditukar setiap tiga bulan sekali seperti amalan sebelum ini.

“Selain tahan lama, pembinaan landskap menggunakan tumbuhan saka yang jimat kos kerana tidak perlu penyelenggaraan kerap selain impak landskap berkekalan. Namun, penggunaan tumbuhan bermusim dan berbunga tetap dipraktikkan tetapi penggunaannya terhad,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Dr Zainuddin berkata, penggunaan tumbuhan berbunga masih diperlukan, namun penggunaan pokok bunga bermusim dikurangkan bukan hanya bagi mengurangkan kos tetapi turut mengurangkan penyelenggaraan.

“Justeru, kita memilih pokok berbunga sepanjang tahun seperti Lophanthera lactescens yang dikenali sebagai Golden Chain selain pokok tahan lasak dan kurang penjagaan seperti Fucraea foetida dan Giant Pandanus. Dulu kita banyak menanam bunga tahi ayam (marigold), lantana dan argentea L. var. cristata (balung ayam), tapi pokok ini tidak tahan lama dan perlu ditukar setiap tiga bulan.

“Selepas mengambil kira kos dan tenaga kerja yang lebih banyak menghabiskan masa menyelenggarakan pokok, maka saya sarankan hanya pokok tahan lasak dan kurang penyelenggaraan dipilih selain mengambil kira tumbuhan pilihan masa kini seperti bonsai Cina (Loropetalum chinese) dan pelbagai jenis cordyline serta puding,” katanya.

Bagi membangkitkan landskap, beberapa batas bunga turut dibentuk menyamai elemen kolam, air terjun, bintang dan geometri.

Malah, sejurus masuk ke pintu utama MARDI, tetamu disambut batas tumbuhan menyamai sebuah kolam dengan air pancut di tengah-tengah. Pokok Fucraea foetida dijadikan seperti pancuran air manakala pelbagai jenis cordyline serta dracaena marginata ‘tricolor’ digabungkan seperti air pancut. Pokok bonsai Cina dan Zephyranthes candida, atau lebih dikenali sebagai Fairy Lily atau White Rain Lily menghiasi tepi batas seakan-akan sempadan atau bingkai kolam. Sayangnya, pokok ini tidak berbunga ketika kunjungan kami.

Di satu sudut lain berdekatan dengan tugu mercu tanda MARDI, dibina deretan pokok bonsai Cina, pokok puding dan Breynia disticha ditanam seperti bentuk bintang manakala Heliconia psittacorum Lady Di ditanam mengelilingi tugu.

Berhampiran pejabat pentadbiran MARDI pula dibina kolam dan pancuran air dengan pokok pandanus, pokok duit-duit, Monstrea deliciosa (ceriman), sanserveria dan melati air menghias setiap sudut laman. bagi mewujudkan suasana mesra pengunjung, kolam itu dilengkapi pelantar kayu di beberapa sudutnya manakala pasu dan batu buatan serta konkrit melengkapkan hiasan kolam.

Air kolam dibiarkan berwarna hijau manakala ikan koi menyerikan lagi kolam dan mencetuskan suasana resort peranginan mewah. Pengunjung MARDI pasti terpikat dengan keindahan kolam ini.

Menyambut kedatangan tetamu di pintu masuk pejabat pentadbiran, ditanam pelbagai pokok baru yang popular dalam seni hias laman seperti pokok doa (busida busera) dan Calophyllum soulattri. Pokok canna dan lantana serta Alocasia (keladi batik) juga menjadi hiasan dalam bekas tanaman serta pasu bunga dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Berhampiran bangunan penyelidikan dibina wakaf dan pergola tempat rehat dengan pelbagai tumbuhan bermusim ditanam berselerak termasuk bunga tahi ayam, bunga matahari, lantana, petunia, misai kucing dan pelbagai tanaman lain turut ditanam. Orkid dan anthurium cultivar ditanam bawah teduhan.

Laman ini menampilkan penataan hias lebih moden dengan penggunaan dinding kaca menjadi tempat air jatuh mengalir di dinding manakala batu pasir dibina menjadi lantai pergola manakala batu sungai dan batuan putih dan kelabu di atur sepanjang siar kaki menuju wakaf.

Di hadapan pintu masuk pejabat pengurusan stesen, dibina satu laman menggabung pokok kesinai seakan bonsai dengan batu serta air keluar mengalir dari mulut tempayan. Laman ini nampak ringkas tetapi mempunyai karektor tersendiri.

INFO
Jom tiru laman MARDI


  • Landskap kolam dengan air pancut di tengah-tengah.
  • Gunakan pokok Fucraea foetida seperti pancuran air.
  • Pelbagai jenis cordyline serta dracaena marginata ‘tricolor’ digabungkan seperti air pancut.
  • Pokok bonsai Cina dan Zephyranthes candida, atau lebih dikenali sebagai Fairy Lily atau White Rain Lily menghiasi tepi batas seakan-akan sempadan atau bingkai kolam.

Rabu, 1 Februari 2012

myMetro | Sungai cantik

myMetro | Sungai cantik

KUALA LUMPUR: Kawasan pesisiran Sungai Klang dan Sungai Gombak khususnya sekitar Masjid Jamek, di sini, yang menjadi ‘port’ lepak bagi warga asing bakal muncul sebagai lokasi pelancongan bertaraf dunia menerusi pelaksanaan projek Sungai Nadi Kehidupan tidak lama lagi.
Projek yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu bukan saja bakal merubah persekitaran serta wajah ibu kota, malah meletakkan Kuala Lumpur setanding bandar raya terunggul lain seperti London, Paris, Melbourne dan Amsterdam yang terkenal dengan jalan airnya yang ikonik di mata dunia.

Tinjauan Metroplus di kawasan terbabit dan sekitarnya mendapati ketika ini pesisiran sungai berkenaan dimonopoli warga asing yang berpeleseran, menjadikan suasana di situ kurang selesa untuk orang ramai lebih-lebih lagi pelancong.
Suasana itu menyebabkan pelancong lebih tertumpu ke kawasan lebih selamat dan selesa seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka.

Bagi penduduk, Roslan Sanip, 52, projek itu tidak hanya memberi kebaikan kepada masa depan ibu kota, malah mampu mendedahkan masyarakat mengenai sejarah bandar raya ini yang kurang diketahui umum.

“Daripada pengalaman saya, ramai anak muda kurang faham mengenai asal-usul Kuala Lumpur dan projek ini diharap menarik mereka untuk datang ke sini, sekali gus menimba ilmu sejarah kawasan ini.
“Diharap apabila projek ini siap, ia menjadi ikon pelancongan baru untuk Malaysia, sekali gus menjana ekonomi masyarakat menerusi perniagaan yang dijalankan di sekitarnya,” katanya ketika ditemui.

Pelancong dari Sweden, Mathhew Fox, 29, mengakui kawasan itu tidak begitu menarik untuk dikunjungi memandangkan ia sungai biasa dengan dipenuhi orang ramai yang melepak.
Justeru, dia percaya kejayaan projek ini akan menarik lebih ramai pelancong bagi melihat jalan air yang kini terdapat di negara maju terutama Amsterdam.

“Saya tidak sabar menanti projek ini siap dan akan berkunjung lagi ke sini (Malaysia) untuk menyaksikan keindahan sungai ini berbanding apa yang saya lihat sekarang,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), berkata projek pengindahan Sungai Klang di Fasa 1 atau Presint 7 di kawasan Masjid Jamek akan menjadi lokasi pertama untuk dibangunkan di bawah projek itu membabitkan tiga komponen utama dalam projek itu ialah pembersihan, pengindahan dan pembangunan koridor sungai.

Katanya, pengkhususan projek itu akan menjadikan sungai berkenaan sebagai ikon kawasan tepian air (waterfront) negara membabitkan jarak sungai sepanjang 10.7 kilometer dalam kerangka projek Greater Kuala Kumpur dan Lembah Klang.

Baru-baru ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail menjelaskan projek itu secara keseluruhannya menelan belanja RM1 bilion dengan jumlah terbabit dikhususkan bagi mencantikkan sungai selain RM3 bilion untuk kerja pembersihan sungai.

Menurutnya, antara pelan yang bakal dilaksanakan termasuk menambah baik laluan pejalan kaki, membersihkan sungai, menanam lebih banyak pokok selain memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar bandar raya selain memperkenalkan laluan air untuk warga kota.

Bagi merealisasikan hasrat itu, DBKL melantik Aecom Perunding Sdn Bhd bagi menguruskan pelan utama projek selain menjalankan kerja pengindahan koridor sungai seperti yang dinyatakan.